Wednesday, January 28, 2009

Nilai Tudung

Belakangan ini kita telah terdengar isu yang hangat di negeri Kelantan berkaitan dengan isu "pemakaian tudung dikalangan kaum perempuan"...Selaras dengan negeri yang bergelar Serambi Mekkah"dan dibawah negara Malaysia yang mengamalkan syariat islam, sepatutnya wajib kita yang bergelar kaum hawa ini menutup aurat seiring dengan ajaran islam. Kaum hawa ini bagaikan sebutir mutiara yang bertaburan, akan mahal harganya dan lebih bernilai apabila di bungkus rapi...so?Kesanya akan terlihat apabila kita akan terjaga daripada fitnah dan kejadian yang tidak diingini..Pemakaian tudung ini harus diamalkan dan didedahkan kepada kaum perempuan sejak kecil lagi dan pemahaman erti tudung itu sendiri juga patut diberikan..-akU-
Idaman: Wanita solehah

Bingkisan "Ayat-ayat cinta"


Ini adalah kisah cinta. Tetapi bukan cuma sekedar kisah cinta yang biasa. Ini tentang bagaimana menghadapi lika-liku persoalan hidup dengan cara Islam. Sebuah cerita yang menyentuh perasaan jiwa serta memaparkan isu kehidupan remaja semasa dengan berasakan unsur islami. Inilah kesan pertama saya apabila menyaksikan cerita yang begitu popular di indonesia pada akhir tahun lepas. Setelah menonton keseluruhan filem itu, jawapan tidak hanya sampai di situ akan tetapi keinginan untuk mengupas cerita itu lagi lebih mendalam membuatkan saya mencari dan membaca novel asal cerita cinta itu....hai...ternyata begitu nyata dan ditenggelami suasana mesir apabila saya mula membacanya yang tiba-tiba adik saya telah membeli buku novelnya...saya begitu teruja...begitu pandai si penulis Habiburrahman El-Shirazy dan pengarah Hanung Bramantyo menterjemahkan ke dalam screen...