Tuesday, February 3, 2009

Etika Berpakaian

http://www.harakahdaily.my/

Kota Bharu, 24 Jun - Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) - Bandar Raya Islam (BRI) menjelaskan ia tidak pernah melarang golongan Muslimah di bandar itu memakai gincu. Beberapa akhbar perdana telah memperbesarkan isu ini sejak kelmarin dan untuk cuba memberikan imej yang buruk kepada MPKB-BRI dan kerajaan Kelantan yang pastinya cuba mencalarkan imej Menteri Besar Tok Guru Nik Aziz serta parti yang memerintah Kelantan, PAS.
Sebaliknya menurut Pengarah Perhubungan Awam MPKB-BRI, Azman Md. Daham, arahan yang dikeluarkan ialah larangan solekan yang jelas dilihat.
Arahan tersebut membabitkan golongan Muslimah pemegang lesen dan yang bekerja dalam kawasan MPKB-BRI.
“Walau pun mereka yang ingkar dengan arahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM500, tetapi pendekatan dakwah MPKB-BRI lebih menjurus kepada mendidik dan bukan mencari kesalahan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjelaskan laporan Bernama semalam yang menyatakan majlis tersebut melarang golongan tersebut memakai gincu.
Jelasnya, arahan yang diedarkan tidak menyatakan pemakaian gincu dilarang.
Menurut Azman, arahan tersebut turut membabitkan pemakaian tudung dan pakaian yang sopan.
Katanya, sejak dua tahun lalu, MPKB-BRI memperjelaskan perkara tersebut kepada orang ramai khususnya golongan wanita muda beragama Islam melalui kempen Cakna Anak Muda dan hasilnya amat positif.
“Mesejnya jelas iaitu untuk mengelak berlaku kejadian tidak diingini seperti rogol dan jenayah seksual yang kerap menjadi ancaman wanita,” ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Menurutnya lagi, Muslimah yang bekerja mengendalikan peremis makanan dan bukan makanan juga tidak dibenarkan memakai kasut bertumit tinggi yang mengeluarkan bunyi.
Arahan tersebut termaktub sebagaimana yang diperuntukkan mengikut Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) 1986. -Buletin Online

2 comments:

  1. Hai,, ye sy setuju, sebagai wanita kt mesti tahu etika n cara bertudung yg menutup aurat mengikut Islam...

    ReplyDelete
  2. Jauh nyer dia pergi
    من التراب الى التراب

    ReplyDelete