Saturday, February 7, 2009

Israel serang Genting Gaza


SEORANG askar Israel mengangkat kakinya bagi menghadang penduduk Palestin yang mengadakan demonstrasi membantah tindakan Israel membina halangan pemisah di kampung Jyyrus dekat Qalqilya di Tebing Barat kelmarin. - AFP

GAZA CITY, 7 Feb. - Rejim Zionis Israel melancarkan serangan udara di Genting Gaza lewat semalam dengan memberi alasan bagi memusnahkan kem-kem pejuang Hamas dan terowong-terowong rahsia.

Jurucakap rejim Zionis itu mengesahkan serangan itu dan menyatakan bahawa serangan udara itu memusnahkan empat terowong rahsia dekat sempadan Mesir, yang digunakan untuk penyeludupan senjata.

"Kami turut menjadikan kem-kem tentera pejuang sebagai sasaran untuk dihancurkan mengguna peledak berkuasa tinggi. Ini tindak balas ke atas pelancaran roket pejuang Palestin pada pagi ini," katanya.
Terdahulu, pasukan keselamatan Palestin berkata, tentera udara rejim Zionis Israel telah melancarkan serangan ke atas kawasan Rafah, berhampiran sempadan Mesir. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan. - AFP

1 comment:

  1. israil memang jahat!tekad betul diorg nk musnahkan orang islam..perangi israil dengan cara boikot!!!chaiyok2x!!!

    ReplyDelete